fbpx

Pasukan penyelamat cari laluan masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang tertimbus giat dijalankan di kawasan kejadian runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFL.

IPOH – Operasi mencari mangsa tertimbus dalam runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini dimulakan dengan meletupkan bongkahan batu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak berkata, tindakan itu dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan dilakukan.

Menurut jurucakap tersebut, operasi yang masuk hari kelima ini dimulakan pada pukul 8 pagi.

“Tindakan tersebut juga bagi memudahkan merangka strategi dan penilaian taktikal yang akan digunakan.

“Operasi melibatkan kekuatan 63 anggota seperti Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba (STORM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART),” ujar jurucakap itu.

Turut terlibat ialah Unit K9 Bomba dan dan pegawai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Operasi diketuai Timbalan Komander Operasi JBPM Perak, Aidil Adlee Che Mee.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi Selasa lalu, dua mangsa yang tertimbus runtuhan batu dikenali sebagai Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Seorang lagi mangsa berusia 35 tahun yang mengalami patah tulang kaki dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI