fbpx

Pink Racing dapat tajaan Liqui Moly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOBAKI Pink Racing menjalinkan kerjasama dengan Liqui Moly memandangkan mereka adalah jenama sangat besar selain sudah berada di pentas MotoGP.

PENAMPILAN sulung dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim lalu nyata membawa tuah buat pasukan Tobaki Pink Racing apabila berjaya menarik perhatian beberapa syarikat terkemuka untuk memberikan tajaan.

Terbaharu, pasukan yang akan mengharungi musim keduanya dalam saingan 2022 mendapat durian runtuh apabila menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar minyak pelincir ter­kenal, Liqui Moly.

Pemilik merangkap pengurus pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar tanpa berselindung mengakui agak terkejut dengan kesudian syarikat dari Jerman itu menjalinkan kerjasama bagi saingan musim ini.

“Kami sangat gembira dapat menjalinkan kerjasama de­ngan Liqui Moly memandangkan mereka adalah jenama yang sa­ngat besar selain sudah berada di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

“Kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk memeteraikan perjanjian dengan tempoh kontrak selama setahun bagi musim ini sebagai percubaan.

“Namun kami tidak boleh dedahkan jumlah tajaan,” kata­nya Nur Atikah yang terkenal dengan gelaran Rider Helmet Pink.

Justeru, beliau berharap penggunaan minyak pelincir Liqui Moly yang memiliki status sebagai salah satu produk terbaik dalam saingan MotoGP mampu membantu Pink Racing melakar keputusan cemerlang pada sai­ngan 2022.

Pada masa sama, Atikah juga lega kerana beberapa siri perbincangan serta rundingan antara Pink Racing dan Liqui Moly yang sering tertangguh sebelum ini akhirnya menemui titik noktah dengan termeterai kerjasama tersebut.

“Saya harap kerjasama ini dapat berjalan dengan baik kerana Liqui Moly akan dapat kelebihan dari segi pasaran, manakala Pink Racing memang perlukan minyak pelincir yang elok untuk penja­gaan enjin lebih baik.

“Sudah tentu kami rasa sangat bertuah kerana menjadi pilihan jenama besar seperti Liqui Moly.

“Mungkin mereka tengok pasukan kita ada nilai, jadi saya harap kerjasama ini akan jadi lebih bagus,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI