fbpx

Lelaki lembam terperangkap 20 minit dalam lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat lelaki lembam yang terjatuh ke dalam lumpur sedalam 0.5 meter di Kampung Teladas, Air Putih, Kemaman hari ini.

‎KEMAMAN – Seorang lelaki lembam berdepan detik cemas selepas terjatuh ke dalam lumpur sedalam kira-kira 0.5 meter di Kampung Teladas, Air Putih di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun terperangkap lebih 20 minit di dalam lumpur sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, anggota bomba dari Bomba dan Penyelamat Cheneh bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pukul 9.11 pagi.

“Mangsa yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) lembam terperangkap dalam lumpur sedalam 0.5 meter kira-kira 100 meter dari sebuah kedai kopi di perkampungan tersebut.

“Kita masih tidak pasti bagaimana dia boleh terjatuh ke dalam lumpur yang kemungkinan terjadi akibat banjir baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa yang dibawa keluar menggunakan pengusung telah dipenuhi lumpur, namun tidak cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI