fbpx

‘Jalan sempit, kereta terlalu banyak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Junaidah menunjukkan kawasan yang sering berlaku kemalangan di persimpangan pusat komersial Taman Penaga Ria, Penaga di Kepala Batas semalam.

SEBERANG PERAI – Keadaan jalan raya yang sempit dan pe­ningkatan aliran kenderaan antara punca kejadian kemalangan yang sering berlaku di sepanjang Jalan Permatang Bendahari di Penaga, Kepala Batas di sini.

Seorang penduduk Siti Junaidah Johari, 37, berkata, kejadian kemalangan sering berlaku berikutan jalan tersebut berdekatan dengan stesen minyak, kawasan perumahan, pusat perniagaan, Klinik Kesihatan Penaga serta sekolah berhampiran.

“Dekat simpang (Lahar Endin) sebelah stesen minyak ini memang kerap berlaku kemala­ngan.

“Orang yang bawa kereta dan motosikal di sini juga agak laju sehingga berlakunya kemalangan,” katanya yang berniaga makanan berhadapan ste­sen minyak tersebut sejak enam tahun lalu ketika ditemui di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati bahawa aliran lalu lintas di sepanjang Jalan Permatang Bendahari agak sibuk ketika waktu puncak, lebih ketara kesibukan itu ketika hari persekolahan dan juga musim cuti sekolah serta cuti umum.

Seorang lagi penduduk setempat, Muhammad Nazrien Mohd. Zulkifli, 31, berkata, jalan tersebut yang juga menghubungkan laluan ke sebuah tempat tarikan seperti Kampung Agung, Bakar Kapor, dekat sini juga antara punca peningkatan kenderaan ketika musim cuti persekolahan.

“Kalau masa cuti jalan sesak sehingga satu kilometer meter dari Shell Penaga ke Kampung Agong. Kebanyakannya kende­raan luar,” katanya.

Terdahulu, satu aduan telah disuarakan oleh wakil penduduk Penaga menerusi Facebook Saya Orang Penaga mengenai kebimbangan mereka berikutan kawasan tersebut sering berlaku kemalangan.

Selain itu, penduduk memohon pihak berwajib untuk membina bonggol bagi memastikan pengguna jalan tersebut memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan berkenaan.

Sementara itu, menerusi kemas kini di laman sosial tersebut semalam, pihak Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Mohd. Yusni Mat Piah dan Parlimen Kepala Batas sudah maklum isu berlaku itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI