fbpx

Isteri yakin suami masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAK UDA setia menunggu suaminya di lokasi kejadian runtuhan pada hari keempat operasi menyelamat di Ipoh semalam.

IPOH – Isteri pekerja kuari yang masih tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai di sini pada Selasa lalu yakin suaminya masih hidup.

Wak Uda Bah Kim, 41, berkata, walaupun tiada perkembangan positif meskipun operasi mencari dan menyelamat masuk hari keempat semalam, namun gerak hatinya kuat mengatakan suaminya, Itam Lasoh, 43, masih selamat.

“Saya yakin dia masih hidup cuma bimbangkan keadaannya jika selamat dia mesti terlalu letih, lapar dan haus.

“Harapan saya setiap hari tak pernah pudar. Saya datang dan tunggu suami di sini selagi termampu. Saya mahu jadi orang pertama melihat suami dibawa keluar,” katanya ketika ditemui di lokasi runtuhan semalam.

Anak sulungnya, Wah Siska, 15, turut berharap bapanya dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Sementara itu, kerja-kerja mengalihkan bongkah batu dilakukan bagi meneruskan operasi mencari dua mangsa yang tertimbus bermula pukul 9 pagi semalam melibatkan kekuatan 63 anggota pelbagai agensi.

Timbalan Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Aidil Adlee Che Mee berkata, operasi ditumpukan di lokasi yang dikenal pasti dan dilakukan secara berhati-hati.

“Kali terakhir dilaporkan terdapat gelongsor pukul 4 pagi tetapi berskala kecil.

“Operasi hari ini (semalam) diteruskan berikutan cuaca baik dan tiada tanda-tanda gelongsoran batu-batu dari stuktur bukit yang telah ditanda pihak Jabatan Mineral dan Geosains sebagai struktur yang lemah,” ujarnya.

Kata beliau, sekiranya operasi berjalan lancar bomba akan mengatur gerak Unit Anjing Pengesan bagi mengesan lokasi mangsa yang terperangkap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI