fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di Sarawak pagi hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan kawasan Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri serta Limbang.

“Keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 10 pagi nanti,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Selain itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI