fbpx

Negeri Sembilan julang kejuaraan MHL Wanita 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEGERI Sembilan muncul juara dengan kelebihan jumlah perbezaan gol yang besar walaupun berbaki satu lagi perlawanan liga. – ARENA HOKI MALAYSIA

SKUAD hoki wanita Negeri Sembilan mencipta sejarah baharu apabila sah bergelar juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 walaupun saingan pada musim ini masih ada berbaki satu perlawanan.

Lebih menggembirakan, kejayaan itu hadir selepas Negeri Sembilan menewaskan Sabah 4-0 di Stadium Hoki Se­remban 2 kelmarin.

Biarpun dibezakan tiga mata sahaja dengan pasukan di tempat kedua, KPT-Uniten Thunderbolts, namun Negeri Sembilan memiliki jumlah perbezaan gol yang terlalu besar berbanding pencabar terdekat itu.

Kini, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan, K. Rajan boleh merehatkan pemain-pemain utama untuk aksi terakhir menentang Mutiara Impian MSSPP-PSHA di Bertam, Pulau Pinang esok.

“Kami sudah menang liga sebab jumlah perbezaan gol kita sangat besar. Sekarang saya boleh turunkan pemain-pemain muda untuk mereka dapat pe­ngalaman pada aksi terakhir liga.

“Sekarang kami sudah menjadi juara. Jadi kami perlu buat persiapan untuk aksi separuh akhir (Piala Vivian May Soars pada 16 Mac ini),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Empat gol Negeri Sembilan ke atas Sabah dijaringkan oleh Nurfatin Dizana Mohd. Zaidi, Irdina Madihah Azmi, Hanis Nadiah Onn dan Fatin Shafika Mahd. Sukri.
Sebagai rekod, Negeri Sembilan masih tidak kalah dalam sembilan aksi liga musim ini dengan merekodkan lapan kemenangan dan satu keputusan seri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI