fbpx

Dua lorong hadapan Kedutaan Indonesia ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lorong ditutup susulan kejadian tanah mendap yang berlaku pagi tadi.

PETALING JAYA – Pihak polis Kuala Lumpur telah menutup dua lorong di Jalan Tun Razak berhadapan pintu utama Kedutaan Indonesia susulan kejadian tanah mendap yang berlaku pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, pihaknya mendapati jalan terbabit mendap sehingga mengakibatkan lorong kiri dan tengah perlu ditutup.

“Hanya satu lorong kanan sahaja yang dibuka bagi laluan kenderaan. Kerja-kerja siasatan dan pembaikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pengurusan Air Selangor sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Sarifudin, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S Lee di talian 03 -2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI