PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku melibatkan empat negeri malam ini.
MetMalaysia dalam laporannya di Facebook berkata, hujan lebat serta ribut petir dilihat tertumpu di negeri Perak iaitu bagi daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah.
Selain itu, keadaan yang sama turut dijangka melanda keseluruhan kawasan Melaka serta daerah Tangkak dan Muar, Johor
“Di Sabah, hujan lebat bakal berlaku sekitar Pantai Barat (Tuaran dan Ranau), Sandakan (Tongod dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE