fbpx

Covid-19 terkawal, MUI wajibkan semula pelaksanaan solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejumlah umat Islam menunaikan shalat Jumat berjamaah dengan menerapkan jaga jarak di Masjid Baiturrahman Limboto, Kabupaten Gorontalo, Gorontalo, Jumat (5/6/2020). Masjid di daerah itu mulai menggelar ibadah shalat Jumat dengan menerapkan protokol kesehatan secara ketat menjelang penerapan tatanan hidup normal baru di Provinsi Gorontalo. ANTARA FOTO/Adiwinata Solihin/wsj.

JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa terbaharu mengenai pengendalian solat Jumaat yang diwajibkan di masjid selepas kes Covid-19 semakin terkawal, lapor laman berita Kompas.com, semalam.

Selain menetapkan kewajipan solat Jumaat di masjid, MUI juga membenarkan pelaksanaan aktiviti ibadat lain yang melibatkan orang ramai dilakukan di masjid atau tempat awam lain.

“Dalam keadaan penularan Covid-19 terkawal, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan solat Jumaat dan boleh mengadakan aktiviti ibadat yang melibatkan orang ramai seperti solat berjemaah lima waktu sehari, tarawih dan solat hari raya di masjid sambil menjaga diri daripada terdedah kepada Covid-19,” demikian menurut Ketua Bahagian Fatwa (MUI), Asrorun Niam Sholeh semalam.

MUI sebelum ini mengeluarkan kenyataan membenarkan umat Islam menunaikan solat zohor sebagai ganti solat Jumaat ketika wabak Covid-19 semakin memuncak pada awal Februari lalu.

Selain solat Jumaat, penjelasan MUI turut memuatkan pelaksanaan solat berjemaah yang akan diadakan semula dengan merapatkan dan meluruskan saf.

Niam menjelaskan, ibadah solat boleh dilakukan tanpa penjarakan fizikal  kerana pemerintah turut melonggarkan aktiviti sukan dengan kehadiran penonton dan perjalanan kereta api tanpa menjaga jarak dengan syarat sudah menerima vaksinasi penuh Covid-19 termasuk dos penggalak.

Ketua Pengarah Bimbingan Masyarakat Islam Kementerian Agama, Kamaruddin Amin berkata, orang ramai diminta menjaga protokol kesihatan ketika solat berjemaah di masjid.

“Kita  tetap perlu menjaga proses itu terutama pelitup muka yang tidak boleh ditanggalkan ketika berada di masjid,” kata Kamaruddin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI