fbpx

BN dahului kiraan undi di DUN Gambir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) dipercayai sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

BN difahamkan telah memperoleh 243 undi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 138 undi, Perikatan Nasional (PN) 114 undi dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 11 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerusi DUN berkenaan dimenangi oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang ketika itu bertanding menggunakan logo PKR memperoleh 10,280 undi bagi menewaskan dua calon lain di kerusi DUN tersebut.

Manakala, calon BN, Datuk M. Asojan memperoleh 7,192 dan calon Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed sekadar memperoleh 1,806 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI