DI MANA tumpahnya kuah jika tidak ke nasi? Begitu yang boleh menggambarkan bakat nyanyian dimiliki anak kepada pasangan Akim Ahmad dan Stacy.
Bakat tersebut terserlah ketika anak kedua pasangan tersebut iaitu Eshaal menyambut kepulangan ibu bapanya selepas acara Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini.
Secara spontan, Eshaal menyanyikan lagu Cinta ciptaan Akim dan Stacy sambil memegang trofi AJL.
Video yang dikongsi dalam Instagram Eshaal tersebut terus tular dalam media sosial dan meraih ribuan pujian ramai.
Rata-rata berpendapat Eshaal mewarisi darah seni daripada ibu bapanya.
“Tak sangka Eshaal hafal lagu Cinta. Sedap suara,” komen seorang netizen.
“Inilah junior Stacy! Pelapis sudah ditemui,” puji seorang lagi pengguna Instagram.