PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 32,800 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,774,786 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 541 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Kesemua kes baharu yang dilaporkan semalam direkodkan di Selangor (9,120 kes), Kuala Lumpur (3,349 kes), Pulau Pinang (2,750 kes), Johor (2,566 kes), Kedah (2,508 kes), Pahang (2,006 kes), Negeri Sembilan (1,973 kes), Sarawak (1,745 kes) dan Kelantan (1,580 kes).
“Seterusnya Perak (1,494 kes), Sabah (1,176 kes), Terengganu (1,100 kes), Melaka (838 kes), Perlis (251 kes), Putrajaya (231 kes) dan Labuan (113 kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.
Dalam masa sama, sebanyak 76 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,643 kes serta sebanyak 21 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,995 kes.
Sebanyak 322,700 kes aktif dilaporkan melibatkan 310,351 kes dikuarantin di rumah, 3,111 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,858 kes di hospital, 149 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 231 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE