BEIJING – Seorang wanita di Shanghai, China, mencetuskan sensasi di Internet apabila melakukan prosedur rias kuku pada ayam jantan miliknya dan memuat naik gambar berkenaan di media sosial, lapor laman berita Oddity Central, kelmarin.
Wanita dikenali sebagai Yi Yi itu berkata, dia pada mulanyanya berasakan kuku haiwan kesayangannya memerlukan perhatian, jadi dia membawa ayamnya ke salon kuku.
Bagaimanapun, kakitangan di situ enggan membuat rawatan rias kuku pada haiwan kerana bimbang akan menjejaskan imej salun tersebut dalam kalangan pelanggan lain.
Kecewa dengan situasi itu, Yi Y akhirnya membuat keputusan untuk menata rias kuku ayam itu sendiri.
Ia mengambil masa lebih daripada satu jam, namun hasilnya sangat luar biasa.
Selain daripada pengilat kuku pelbagai warna, Yi Yi juga menambah beberapa hiasan seperti labuci dan manik.
Yi Yi turut menjelaskan bahawa tata rias kuku itu tidak menjejaskan kesihatan atau pergerakan ayamnya malah haiwan itu seperti tidak terganggu dengan kelainan kukunya. – Agensi