fbpx

Set-piece ‘senjata’ utama Sabah benam PJ City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SWEE gembira anak-anak buahnya beraksi cemerlang ketika membenam PJ City 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin - FUJIFILM

KETUA Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gembira dengan kemenangan pertama dilakar pasukannya ketika menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin.

Tanpa berselindung, Kim Swee, 51, menyifatkan aspek set-piece mampu menjadi senjata buat The Rhinos selepas ia menghasilkan tiga gol dengan dua me­lalui sepakan penjuru dan satu daripada sepakan percuma.

“Persembahan pemain agak baik dibandingkan dengan perlawanan menentang Negeri Sembilan (kalah 0-1 pada 4 Mac). Pe­nyudah kali ini juga lebih baik walaupun dari sepakan sudut dan sepakan percuma.

“Ini merupakan senjata yang pasti akan membantu kita pada perlawanan-perlawanan sete­rusnya. Paling penting pemain tunjukkan kesungguhan bermain untuk Sabah,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dua gol pertama Sabah diperoleh menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar yang disudahkan dengan baik oleh Jackson de Souza dan Neto Pessoa masing-masing pada minit ke-16 serta 35.

Gol ketiga Sabah pula berjaya dijaringkan oleh Saddil Ramdani menerusi sepakan lencong menarik daripada sepakan percuma pada minit ke-48.
PJ City pula terpaksa akur pulang dengan tangan kosong selepas sekadar meraih satu gol melalui S. Kumaahran pada minit ke-45.

Esok, Sabah akan menanti kunjungan pasukan dari Liga M3, Respect FC untuk aksi pusingan pertama Piala FA sebelum kembali memberikan fokus kepada saingan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat pada 5 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI