fbpx

PRN Johor: Calon bebas mahu bela nasib penghuni PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Moharam Baharom bertekad untuk membela nasib kira-kira 10,000 penghuni projek perumahan rakyat (PPR) Sri Stulang.

JOHOR BAHRU – Calon bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Moharam Baharom bertekad untuk membela nasib kira-kira 10,000 penghuni projek perumahan rakyat (PPR) Sri Stulang.

Ini kerana menurut Moharam, kesemua penghuni di sana masih lagi menyewa PPR tersebut meskipin telah menghuni kawasan tersebut sejak 14 tahun lalu.

Jelas Presiden Pertubuhan Kebajikan Sinar Insan Islam Malaysia itu, rata-rata mereka berasal dari Flat Bukit Chagar dan Flat Lumba Kuda sebelum diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa untuk tujuan pembangunan di kawasan itu.

“Sebelum ini, rata-rata penduduk yang berpindah dari kedua-dua flat berkenaan dijanjikan untuk layak membeli PPR selepas mereka berpindah ke sini.

“Bagaimanapun, selepas hampir 14 tahun mereka berpindah, tetap lagi menyewa di PPR ini dan tiada sebarang tawaran untuk membeli unit rumah berkenaan,” katanya kepada Kosmo!.

Lebih menyedihkan kata Moharam, ramai juga penghuni yang tidak mempunyai tanah atau rumah lain selain PPR berkenaan.

“Siapa tidak sedih sudah 14 tahun menyewa dan mereka bila-bila masa sahaja boleh ‘dihalau’ keluar dari PPR ini. Ada juga yang telah meninggal dunia tanpa sempat merasa memiliki rumah sendiri.

“Sudah beberapa kali kerajaan di Johor ini bertukar kepimpinan, tetapi nasib warga PPR Sri Stulang ini masih juga sama, hanya dijanjikan namun tidak pernah seorang pun tunaikan,”ujarnya.

Justeru, Moharam berkata, jika dia dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan esok, perkara pertama yang akan dilakukan adalah untuk membawa isu PPR ini kepada pihak atasan sehingga selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI