fbpx

PRN Johor : BN akan bentuk kerajaan lebih baik, stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (dua dari kiri) bermesra dengan komuniti penduduk di Kampung Parit Dua, Sanglang di Pontian petang hari ini.

PONTIAN – Mengakhiri kempen Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad melahirkan keyakinan sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan lebih baik dapat dibentuk selepas pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.

Pengerusi BN dan UMNO Johor itu berkata, BN tetap akan menjadi pilihan rakyat Johor selepas kempen dilaksanakan hampir lebih dua minggu di kesemua 56 kawasan DUN.

“Saya yakin dan percaya pengundi sudah buat keputusan untuk memilih siapa calon dan parti mana esok.

“Saya juga yakin keputusan esok akan berakhir dengan satu pembentukan kerajaan negeri lebih kukuh dan lebih baik daripada kerajaan negeri sebelum ini.

“Untuk itu, kita bersama-sama doakan Johor alan jadi negeri yang maju dan makmur. Insya-Allah, BN akan jadi pilihan rakyat dan akan dapat membentuk sebuah kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas menemui komuniti penduduk di Kampung Parit Dua, Sanglang di sini hari ini.

Hasni turut menggesa agar pengundi keluar awal ke pusat pembuangan undi selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memakai pelitup muka.

PRN Johor membabitkan 56 kerusi DUN dengan seramai 239 calon daripada pelbagai parti politik dan individu bertanding. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI