fbpx

Pelanggan kecewa, pesan kentang goreng dapat bebola bijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran pelanggan tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati selepas makanan yang dipesan di sebuah restoran makanan segera terkenal diganti dengan makanan lain tanpa persetujuannya.

Menerusi hantaran yang dikongsi di Twitter @MalaysianFoods, pelanggan itu kecewa selepas pesanannya iaitu kentang goreng digantikan dengan makanan lain kerana restoran berkenaan tidak mempunyai stok kentang goreng.

“Kalau semua benda dah habis, tak payah jual! Kentang dan ‘wedges’ katanya dekat seluruh Malaysia sudah tiada stok.

“Tiga kali pesan benda sama tapi dapat benda lain,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati orang ramai turut mengecam tindakan restoran berkenaan dan berharap pihak restoran tidak sesuka hati menukar pesanan pelanggan.

“Walaupun tiada stok, sepatutnya pesanan itu dipadam sementara daripada pilihan menu. Atau maklumkan terlebih dahulu, jangan pandai-pandai tukar. Pelanggan kamu bayar, bukan makan percuma,” kata Deerrr.

“Tak berbaloi dapat tiga biji bebola bijan jika hendak dibandingkan dengan kentang goreng. Kasihan pelanggan,” kata Kamil.

“Sama kes, tadi pesan set dua ketul ayam tetapi cuma dapat seketul ayam dan burger termasuk bebola bijan itu. Rasa nak menangis tengok makanan itu sebab otak dah ‘set’ nak dapat apa yang kita pesan,” kongsi Syahirah.

Terdahulu, Februari lalu media melaporkan rangkaian restoran makanan segera di Asia Tenggara berdepan kekurangan stok kentang goreng ekoran masalah rantaian bekalan disebabkan penghantaran barangan sejuk beku yang perlahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI