fbpx

‘Panggil mak saya pelacur, kakak jalang, keluarga barua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada (kiri) menegaskan tidak akan memaafkan individu yang pernah bersikap biadab terhadap keluarganya.

PETALING JAYA – Ibarat luka lama masih berdarah, adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah tidak akan memaafkan individu yang pernah bersikap biadab terhadap keluarganya.

Kata Syada, atau nama lengkapnya, Nursyuhada Amir Amzah menerusi satu ciapan dalam Twitter, ada beza seseorang itu bersikap jujur dan biadab.

“Anda panggil mak saya pelacur, kakak saya jalang dan keluarga saya barua.

“Saya tidak akan pernah memaafkan untuk apa yang telah anda lakukan. Ada beza being real (jujur) dengan memang biadab,” ciap bekas peserta program realiti, Big Stage musim kedua itu.

Bagaimanapun, ciapan tersebut tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun berdasarkan komen-komen netizen, penyataan tersebut dikatakan ada kaitan dengan pergolakan yang pernah berlaku antara Sharnaaz dan keluarga Shila sewaktu terjadinya episod putus cinta hampir 10 tahun lalu.

Terdahulu, Sharnaaz mendedahkan kepada media bahawa dirinya tidak pernah menyimpan dendam terhadap Shila yang pernah menjadi kekasihnya suatu ketika dahulu.

“Kami tak pernah bermusuh. Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia,” kata Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37.

Pelakon drama rantaian, Suamiku Encik Sotong itu juga memaklumkan tidak menolak andai jodoh dengan Shila kembali bertaut.

“Kita tak boleh menghalang orang mendoakan. Jadi, saya terima sahaja (doa).

“Yang tentukan hanya Allah. Terima kasih yang mendoakan, saya tak boleh ramal masa depan. Kalau ada, ada. Kalau tiada, kita nak buat macam mana. Pintu hati saya sentiasa terbuka untuk semua orang yang akan hadir dalam hidup,” katanya.

Sharnaaz pernah bercinta dengan Shila atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah pada 2011 hingga 2013, namun hubungan terputus di tengah jalan kerana tidak mendapat restu keluarga Shila. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI