fbpx

Lima ahli sindiket penipuan tiket wayang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (kanan) menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam sindiket penipuan tiket wayang.

MELAKA – Lima lelaki termasuk empat warga tempatan diberkas selepas dipercayai menjalankan sindiket penipuan tiket wayang membabitkan tayangan filem di China, awal bulan ini.

Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan pada 1 Mac lalu hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dan Kontinjen Melaka.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Abdul Majid Mohd. Ali berkata, tangkapan dibuat di sebuah rumah banglo yang dijadikan markas menjalankan penipuan dan merekrut ejen bagi kegiatan tersebut.

“Hasil risikan kita telah menyerbu sebuah rumah banglo dalam daerah Melaka Tengah dan menahan lima lelaki dipercayai menjalankan aktiviti penipuan tiket wayang di China.

“Suspek utama adalah lelaki warga China, empat lagi merupakan warga tempatan yang direkrut dengan upah antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, di Bukit Beruang, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI