fbpx

KKM pantau pesakit kuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Dr. Mastura ketika bercakap tentang proses pemantauan yang dilakukan oleh KKM ke atas pesakit Covid-19 tidak bergejala yang menjalani kuarantin di rumah.

PUTRAJAYA – Pesakit Covid-19 tidak bergejala atau bergejala ringan yang menjalani kuarantin di rumah tetap dipantau oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera Health Assessment Tool (HAT).

Timbalan Pengarah Cawangan Kesihatan Primer, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, Dr. Mastura Ismail berkata, pesakit tersebut tidak perlu datang ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

“Apabila mereka tidak perlu ke CAC, sudah tentu kita masih perlu terus kena memantau mereka dan cara pendekatan kita gunakan ialah pemantauan melalui MySejahtera menggunakan HAT.

“Justeru kita nak uar-uarkan adalah kita berharap ia boleh diperkasakan untuk pesakit dengan kategori 1 dan 2a iaitu tiada gejala atau bergejala ringan,” katanya pada sesi temu bual sebuah rancangan televisyen.

Video penerangan tersebut turut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter beliau.

Dalam pada itu, Dr. Mastura berkata, pesakit tersebut akan mendapat notifikasi MySejahtera seterusnya diminta mengemas kini sebanyak dua kali sehari berhubung gejala yang dialami sekiranya ada pada hari tersebut.

“Jadi kita ada satu sistem yang dipanggil Pusat Penilaian Covid-19 Maya (VCAC) dan petugas di sini akan memuat turun data untuk penilaian. Kita dapati pesakit dalam kategori 1 dan 2a ini adalah hampir 80 peratus.

“Kita ada sistem yang bagus menggunakan aplikasi MySejahtera, mereka menjawab soalan di dalam aplikasi tersebut dan kita ada pasukan yang akan mendapat ‘alert’. Kita juga ada petugas di setiap negeri fizikal CAC tadi yang akan melakukan pemantauan.

“Apabila mereka jawab ada gejala bertambah teruk maka petugas-petugas ini akan menelefon mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI