fbpx

Jung Ho-yeon tak lupa diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG HO-YEON

NAMA aktres Jung Ho-yeon mula meledak selepas membintangi siri Netflix, Squid Game.

Tidak sekadar meraih populariti di negara asalnya, Korea Selatan, pengaruhnya juga berjaya menembusi hati peminat seluruh dunia dek lakonan mantap yang dibawanya.

Kemuncak kerjaya Ho-yeon dapat dilihat apabila dia diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori drama menerusi SAG Awards 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Langsung tidak melupakan kerjaya asalnya sebagai model sebelum terjun ke dunia lakonan, Ho-yeon diundang menjadi pembuka pentas peragaan bagi Louis Vuitton Women’s Fall Winter 2022 di Minggu Fesyen Paris.

Dengan penuh karisma dan aura sebagai model, para peminat memenuhi ruangan komen dalam Instagram peribadi memuji Ho-yeon yang sememangnya tidak pernah lupa asal usul.

Tidak setakat itu, peminat dan penyokong turut menyifatkan jelitawan berusia 28 tahun itu sememangnya dilahirkan bagi menghiasi pelbagai jenama fesyen terkenal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI