fbpx

Harimau Kumbang benam Tambun FC 4-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ALIF ROMLI (kanan) mengasak Mohamad Arif Azman pada saingan Piala FA di Stadium Bandaraya di George Town malam tadi.

GEORGE TOWN – Penang FC terpaksa mengerah keringat bagi membenam Tambun FC 4-0 pada saingan Piala FA musim 2022 di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Pasukan kendalian Tomas Trucha itu bermula garang setelah mempertaruhkan empat gadingan pemain importnya iaitu Endrick Dos Santos Parafita, Rafael Vitor, Hilal Al-Helwe dan Christian Mangaron Rontini.

Pada babak pertama perlawanan, skuad Harimau Kumbang sedaya upaya dilihat mahu membuktikan rentak kecemerlangan mereka di hadapan penyokong setia Penang FC dengan memperkuatkan benteng pertahanan daripada dirobek pasukan lawan.

Gol pendahulu Penang FC dihasilkan menerusi sepakan penalti pemain pertahanannya, Rafael Vitor pada minit ke-17 setelah dia dikasari HarzanHafiz Hazlizanizan Ahwal pada minit ke-15.

Meskipun berdepan asakan bertalu-talu barisan kendalian Izzat Nazari namun pasukan Penang FC sekali lagi bangkit dengan menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-21 hasil ledakan kemas bekas pemain Kelantan United FC, Mohamad Alif Romli.

Tidak dinafikan, Tambun FC juga dilihat tidak berdepan sebarang masalah dan tidak kekok apabila berdepan lawan yang memegang status pasukan dalam Liga nombor satu negara iaitu Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI