fbpx

Harimau Selatan beri amaran awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARLI DE MURGA (kiri) meraikan jaringannya dengan gaya unik ketika membantu JDT berpesta gol ke atas Sarawak United 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. - RAJA JAAFAR ALI

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berpuas hati dengan persembahan setiap pemainnya yang mempamerkan kesungguhan dengan mengekalkan momentum permainan hingga mampu mencipta enam gol pada aksi Liga Super menentang Sarawak United FC malam kelmarin.

Mora memberitahu, sekiranya pemain mengekalkan komitmen yang ditunjukkan pada perlawanan tersebut, mereka mampu untuk melangkah lebih jauh dan tidak akan ada pihak mampu menyaingi mereka.

Paling penting, katanya, pemain perlu mengekalkan cara JDT bermain iaitu memiliki penguasaan bola dan melakukan gerakan sebagai pasukan bagi memburu misi mengutip tiga mata.

“Jumlah jaringan gol bukanlah ukuran, tapi paling penting ialah skuad bimbingan saya menang. Sudah tentu kami melakukan penambahbaikan dalam proses itu, namun keutamaan kami ialah beraksi dengan baik, kalau boleh skor enam gol itu sudah lebih daripada sempurna.

“Setiap pemain baik di jentera serangan mahupun benteng pertahanan, mereka memberikan tumpuan penuh sepanjang 90 minit perlawanan dan tidak memperlahankan rentak permainan, sebaliknya dahagakan untuk menambah jaringan sehingga wisel penamat.

“Ini bukan bermakna Sarawak United beraksi dengan buruk tetapi kami beraksi lebih baik. Komitmen 100 peratus yang ditunjukkan pemain wajar diberikan pujian dan sekiranya diteruskan, ia akan membantu pasukan pergi lebih jauh,” kata­nya pada sidang akhbar semalam.

Pada aksi itu, gandingan pen­yerang import Harimau Selatan, Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva masing-masing menja­ringkan dua gol, manakala pemain kebangsaan Filipina, Carli De Murga meledak gol pertama bersama pasukan dan Safawi Rasid menambah derita lawan menjaringkan gol pada minit akhir permainan.

Pengendali kelahiran Mexico itu memuji gandingan padu Bergson dan Forestieri yang membantu pasukan untuk berpesta gol, malah percaya gandingan itu akan bertambah baik sekiranya dapat meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.

“Forestieri masih lagi menyesuaikan diri dengan sistem Harimau Selatan serta rakan-rakan sepasukan terutamanya gandingan dengan Bergson di jentera serangan. Dia adalah pemain yang sentiasa bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk memburu jaringan dan melakukan tugas dengan baik malam ini,” kata Mora.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI