fbpx

Dakwa ditipu baiki rumah, polis minta mangsa Taman Sri Muda buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang tular bersama aplikasi WhatsApp scammer yang tular di Facebook, hari ini.

SHAH ALAM – Polis meminta individu yang didakwa ditipu berhubung pembaikan rumah di Taman Sri Muda yang tular di laman sosial membuat laporan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Ramsay Anak Embol berkata, ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihaknya.

“Kita meminta mana-mana mangsa yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu hantaran dimuat naik seorang pengguna di laman sosial Facebook warga Taman Sri Muda (TSM) Seksyen 25 berhubung kemunculan scammer pembaikan rumah ketika warga Taman Sri Muda dilanda kesusahan setelah ditimpa banjir sebelum ini.

Berdasarkan kenyataan posting itu, turut mendedahkan nama scammer dan syarikat terlibat yang didakwa bukan sahaja sudah menipu di Selangor malah di Johor juga.

“Kerja-kerja kontraktor untuk menukar dan mengecat enam buah pintu di beberapa rumah tingkat bawah apartmen Sri Muda. (ramai sudah tertipu akhirnya dia larikan diri setelah terima duit deposit dengan alasan cari kos bahan yang diperlukan).

“Hendak buat sekian hari, ditunda-tunda dan last-last (akhirnya) larikan diri tidak balas WhatsApp, bukan seorang dua ye, ramai sudah dia tipu.

“Kasihan warga TSM ,ada yang tidak dapat duit bantuan dari kerajaan, tup-tup ditambah perit dengan ujian penipuan oleh ramai scammer,” tulisnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI