fbpx

Cuaca buruk di 6 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di enam negeri sehingga pukul 6 petang nanti.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, amaran ribut petir telah dikeluarkan melibatkan beberapa daerah sekitar Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Tambah MetMalaysia, sepanjang tempoh ramalan cuaca signifikan bermula esok sehingga 18 Mac ini, hujan dan ribut petir dijangka terus berlaku di barat Semenanjung, pedalaman dan utara Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang hingga awal malam.

Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengemas kini amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua untuk kawasan perkapalan di Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 13 Mac.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI