fbpx

China salahkan NATO, AS punca Ukraine diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jinping (kanan) dan Putin (kiri) bergambar ketika mengadakan mesyuarat di Beijing pada 4 Februari 2022. – AFP

BEIJING – China menyalahkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Amerika Syarikat (AS) kerana memberi tekanan melampau kepada Rusia sehinga mengakibatkan Moscow bertindak menyerang Ukraine, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Dalam satu taklimat akhbar kelmarin, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijan berkata, pendirian Beijing dalam peperangan tersebut adalah konsisten dan jelas.

Ketika disoal sama ada China bersedia untuk menyifatkan peperangan tersebut sebagai ‘pencerobohan Rusia’, Lijan berkata, soalan itu tidak seharusnya ditanya.

Menurut beliau, AS perlu mengambil serius terhadap kebimbangan China mengenai sekatan yang dilaksanakan dengan memberi amaran bahawa tindakan tersebut tidak akan mengembalikan keamanan dan keselamatan di Ukraine.

“Sekatan dalam setiap sektor tidak akan membawa keamanan dan keselamatan, namun menyebabkan kesusahan kepada ekonomi  dan penduduk di negara-negara yang terlibat,” ujarnya.

Tambah Lijan, Barat perlu mengelak daripada menjejaskan hak atau kepentingan Beijing ketika melaksanakan sekatan  kewangan yang teruk ke atas Rusia.

“Beijing dan Moscow akan terus menjalin kerjasama perdagangan seperti biasa termasuk bagi minyak dan gas, sebagai rasa hormat bersama, kesamaan dan juga kepentingan bersama,” ujarnya.

Presiden Xi Jinping Selasa lalu turut meluahkan kebimbangan terhadap semua sekatan ke atas Moscow dan kesannya terhadap Beijing.

“Berkenaan dengan impak bagi sekatan terhadap kewangan global, sumber tenaga, pengangkutan dan kestabilan rantaian bekalan, dari segi ekonomi dunia yang telah sedia terbeban akibat pandemik, ia akan memberi kesan teruk kepada semua sektor,” tegas  Jinping.

China mempunyai dagangan berjumlah hampir AS$150 bilion (RM627.70) dengan Rusia. Sekatan yang dikenakan ke atas Moscow akan menjejaskan ekonomi negara itu.

Sehingga kini, Beijing belum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyelar serangan Rusia ke atas Ukraine. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI