fbpx

BioWonders bantu tingkat kesihatan diri pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIN DIANA menunjukkan produk terbaharu keluaran syarikatnya, BioWonders di Klang baru-baru ini.

KLANG – PS Food & Beverage Sdn. Bhd. yang terkenal dengan produk minuman Origina, kini meluaskan lagi cabang perniagaannya dengan menceburi bidang biopharmarcy atau Nutraceutical menerusi penghasilan produk siri endemik, BioWonders.

Produk yang ditawarkan dengan dua jenis pilihan iaitu Mighty Immunity dan Inflamma-Care itu adalah hasil kerjasama syarikat dengan pakar dan saintis dalam bidang Nutrigenomics, Dr. Redza Rahman.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Fatin Diana Mohd. Zain berkata, buat permulaan sebanyak 100,000 unit produk telah dikeluarkan di pasaran bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia yang pernah dijangkiti wabak Covid-19 daripada pelbagai varian.

Menurutnya, ramai bekas pesakit Covid-19 masih me­ngalami simptom seperti kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam dan batuk.

“Ia disebabkan antibodi atau ketahanan badan yang lemah serta inflamasi yang tinggi dalam badan akibat jangkitan wabak itu.

“Ancaman komplikasi jangka panjang akibat Covid-19 yang dikenali sebagai ‘Long Covid’ juga membimbangkan apabila semakin ramai pesakit wabak itu yang sudah sembuh, tetapi terpaksa dirujuk kembali ke hospital dan unit rawatan rapi,” katanya dalam satu kenya­taan.

Fatin Diana memberitahu, produk minuman BioWonders dijual pada harga istimewa RM80 untuk 15 peket dalam kotak.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI