fbpx

Australia isytihar darurat tangani banjir luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air banjir dari Sungai Hawkesbury yang melimpah di pinggir bandar Windsor di Sydney menenggelamkan rumah sepenuhnya. - AFP

CANBERRA, Australia – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengisytiharkan darurat  kebangsaan selepas banjir dahsyat melanda kota raya  Sydney dan meragut 22 nyawa, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Bencana itu turut menyebabkan berpuluh-puluh ribu penduduk Sydney terpaksa berpindah dari kediaman mereka. Bencana itu berlaku  apabila pantai timur Australia menerima taburan hujan tertinggi pada tahun ini.

Morrison membuat pengisytiharan itu semasa melakukan lawatan ke Lismore yang rosak teruk akibat banjir di utara negeri New South Wales (NSW), di mana empat orang terkorban pada minggu lalu.

Banjir memuncak di Brisbane yang merupakan  ibu negeri Queensland dan bandar ketiga paling ramai penduduk di  Australia, pada 28 Februari lalu. Kota raya itu ditenggelami air selepas menerima  taburan hujan hampir setahun dalam masa hanya tiga hari.

Lebih 20,000 rumah dan premis  perniagaan ditenggelami air di tenggara Queensland dengan 13 nyawa melayang.

Di Sydney, sebahagian besar kota raya yang memiliki populasi lima juta penduduk itu dinaiki air. Sydney menerima hampir 75 peratus daripada taburan hujan tahunannya sejak 1 Januari lalu.

Deklarasi darurat di seluruh negara itu bagi memastikan semua kuasa kecemasan dapat digunakan tanpa kerajaan perlu berdepan kerenah birokrasi ketika menyediakan perkhidmatan dan menghulurkan bantuan.

Ini merupakan pengisytiharan pertama sejak undang-undang mengenainya diluluskan pada Disember 2020 sebagai tindak balas kepada bencana kebakaran hutan semasa musim panas di Hemisfera Selatan pada tahun sebelumnya.

Pengisytiharan itu bermakna mangsa banjir tidak perlu menyediakan dokumen pengenalan diri untuk menerima bayaran sokongan dan dalam keadaan tertentu, kerajaan persekutuan boleh bertindak secara bebas di kawasan di mana kerajaan negeri tidak meminta bantuan.

‘Ini adalah malapetaka besar yang berskala nasional,” kata Morrison.

Dalam pada itu, bilangan anggota tentera yang membantu dalam proses pemulihan banjir di utara NSW ditambah daripada 700 kepada 2,500 orang kelmarin.

Kebanyakan mangsa banjir menyalahkan kerajaan kerana tidak menggerakan pasukan penyelamat lebih awal dan mendakwa bahawa sebahagian besar daripada mereka diselamatkan oleh jiran tetangga. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI