fbpx

Wanita OKU diperkosa hingga lahirkan bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PASIR PUTEH – Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) masalah pertuturan disyaki telah dirogol sehingga melahirkan bayi lelaki di dalam tandas rumahnya di Kampung Cherang Ruku di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu disedari melahirkan bayi berkenaan oleh ibunya yang berusia 36 tahun kira-kira pukul 10.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ibu saudara mangsa membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku di sini bagi mewakili abang dan kakak iparnya yang disahkan positif Covid-19.

“Ibu mangsa memaklumkan bahawa dia langsung tidak mengetahui anak sulungnya mengandung sebelum menyedari mangsa melahirkan bayi di dalam tandas rumah kerana tidak nampak sebarang perubahan, cuma badannya kelihatan berisi.

“Ketika beranak, kepala bayi lelaki berada di dalam lubang tandas sebelum sempat diselamatkan oleh ibunya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, bapa mangsa kemudian membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku di sini untuk rawatan lanjut.

Katanya, berdasarkan keterangan, mangsa tidak pernah keluar rumah melainkan hanya ditemani oleh bapanya.

“Bagaimanapun, mangsa telah ditinggalkan bersama saudara maranya di dalam rumah ketika ibu bapanya keluar mengambil zakat di sebuah masjid, Mei tahun lalu.

Jelasnya, ibu mangsa mengesyaki suspek masuk ke dalam rumah dan merogol anaknya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI