fbpx

Wanita ditampar gara-gara memasak awal pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mangsa yang ditampar rakan serumahnya beserta kesan daripada tamparan tersebut.

PETALING JAYA – Seorang wanita ditampar oleh rakan serumahnya gara-gara memasak pada awal pagi dan sehingga meninggalkan kesan lebam pada mukanya.

Menerusi satu hantaran di Facebook Vestene Wong berkata, dia sedang menyediakan makanan sekitar pukul 5 pagi namun ditampar rakan serumahnya gara-gara terjaga dari tidurnya kurang daripada 10 minit kemudian.

“Saya ada rancangan untuk pergi mendaki bukit bersama rakan-rakan, justeru itu, saya pergi ke dapur untuk memasak.

“Bagaimanapun, kurang 10 miniit di dapur rakan serumah saya telah menampar saya di muka. Ini kerana saya membuat dia terjaga dari tidurnya,” tulisnya.

Tambahnya, dia berasa terkejut dengan tindakan rakan serumahnya itu.

“Saya amat terkejut dengan tindakannya kerana setahu saya, dapur boleh digunakan oleh semua orang pada bila-bila masa sahaja.

“Saya cuba bertanya kepada tuan rumah apakah ada masa larangan untuk menggunakan dapur namun tiada,” ujarnya.

Katanya, setelah membuat laporan polis, rakan serumahnya itu menunjukkan bukti pil yang diambilnya bagi merawat sakit ‘Anxiety’ yang dihidapnya.

“Polis meminta dia untuk meminta maaf kepada saya dan dia lakukannya namun dapat dilihat tiada keihklasan dalam kemaafan itu.

“Akhirnya saya biarkan perkara itu berlalu kerana pada saya hanya buang masa bertengkar dengan orang yang tidak bertamadun,” jelasnya.

Tambahnya, dia terkejut perkara seperti ini masih lagi terjadi walaupun sudah tahun 2022.

“Saya faham saya patut bertimbang rasa, namun sebab itulah saya telah memaklumkan kepadanya pada malam sebelum memasak untuk menggunakan dapur.

“Ia juga adalah kali pertama saya memasak dan dia juga yang memilih untuk tinggal di bilik di dapur pada awalnya,” katanya.

Jelasnya, dia yang akan menyewa di rumah itu sehingga akhir bulan ini masih lagi tinggal dalam ketakutan serta berharap agar rakan serumahnya itu tidak akan mengulangi perkara yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI