fbpx

Sindiket ah long ‘Ah Wee’ dan ‘Ricky’ tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua sindiket ah long tumpas selepas 44 ahli kumpulan terbabit termasuk ketuanya ditahan dalam serbuan sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, dua sindiket berkenaan dikenali sebagai ‘Ah Wee’ dan ‘Ricky’ didapati mula beroperasi pada awal tahun 2021.

“Kesemua yang ditahan termasuk seorang wanita merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 16 hingga 54 tahun.

“Polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 17 buah kenderaan, 107 telefon, 234 set iklan pinjaman wang, satu tin cat merah, sebilah parang dan wang tunai berjumlah RM732,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sindiket tersebut menyasarkan golongan peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta sebagai mangsa.

“Penawaran pinjaman ini akan dilakukan menerusi media sosial, risalah dan poster dengan kadar faedah antara 10 peratus hingga 30 peratus seminggu.

“Peminjam yang gagal membayar balik akan diberi tekanan berbentuk ugutan dan ancaman seperti perbuatan khianat terhadap harta benda milik peminjam,” jelasnya.

Katanya, sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka berkait penglibatan sindiket terbabit dalam aktiviti pinjaman wang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI