fbpx

Mekanik wanita sertai Tobaki Pink Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QISTINA BATRISYIA mempunyai pengalaman mengendalikan jentera serta enjin motosikal dan akan menyertai pasukan Tobaki Pink Racing musim ini.

PASUKAN Tobaki Pink Ra­cing ingin terus memartabatkan go­longan wanita dalam sukan permotoran di Malaysia apabila mengetengahkan mekanik wanita menjelang Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang membuka tirai hujung minggu ini.

Lebih menarik, mekanik wanita tersebut, Qistina Batrisyia Mohd. Salleh yang berusia 18 tahun turut mempunyai pe­ngalaman mengendalikan jentera serta enjin motosikal.

Prinsipal pasukan, Nur Atikah Azwar berkata, pihaknya terbuka untuk mencari golongan wanita yang aktif untuk terlibat dalam sukan lasak perlumbaan Cub Prix.

“Saya akui pasukan kami memang kekurangan mekanik dan tidak sangka iklan yang dikeluar­kan baru-baru ini berjaya menarik minat golongan wanita untuk bersama kami.

“Lebih menarik, Qistina Batrisyia baru berusia 18 tahun dan menetap di Kuala Lumpur, malah turut bekerja bersama ayahnya yang mempunyai bengkel motosikal sendiri.

“Bukan itu sahaja, dia juga mahir dalam mengendalikan jentera.

“Sebelum ini, dia pernah dapat tawaran untuk berlumba pada Cub Prix, namun gagal selepas didapati usia terlalu muda.

“Jadi, saya rasa ini adalah pilihan terbaik untuk Qistina Batrisyia mengembangkan karier le­bih jauh dan dia akan menyertai keluarga Pink Racing menje­lang perlumbaan Cub Prix hujung minggu ini,” katanya kepada Kos­mo! semalam

Selain mempunyai mekanik wanita, Tobaki Pink Racing juga mempunyai pelumba remaja wanita berusia 17 tahun, Nur Dini Uzma Abdullah yang bersaing dalam kategori Wira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI