fbpx

PAFA masih boleh merayu penggantungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIM

PERSATUAN Bolasepak Perak (PAFA) masih memiliki hak untuk membuat rayuan ke atas penggantungan enam bulan yang dikenakan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).

Secara dasarnya, keputusan yang dibuat oleh PPS sudah pun dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan ketika ini notis berkaitan penggantungan akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd. Yusof berkata, selepas notis dikeluarkan, segala tindakan susulan selepas ini adalah bergantung kepada PAFA.

“PAFA akan tetap ada hak untuk merayu tetapi ia hanya boleh dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penggantungan. Cuma notis itu akan dikeluarkan secepat mungkin.

“Kalau boleh buat hari ini, kita akan buat hari ini dan kita akan serah kepada PAFA,” katanya.

Dalam sesi pertemuan dan dia­log antara jawatankuasa PAFA kelmarin, PPS memaklumkan badan induk itu digantung selama enam bulan selepas berlaku kemelut dalaman kerana kegagalan persatuan itu mengikut perlembagaan dengan memecat 12 ahli gabungannya.

Menurut Ibrahim, keputusan penggantungan itu juga membolehkan jawatankuasa membuat pemilihan kepimpian baharu.

Bagaimanapun, penggantu­ngan itu tidak akan memberi kesan kepada penyertaan Perak FC dalam saingan Liga Premier musim ini kerana PAFA dan kelab adalah dua entiti berbeza.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, penswastaan kelab menyaksikan Perak FC adalah pasukan berasingan dan bukannya di bawah seliaan PAFA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI