fbpx

Peta Rusia, Barat pamer situasi berbeza perang di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peta Rusia dan Barat menunjukkan kemaraan berbeza tentera Rusia di Ukraine setakat 5 Mac 2022. – Instagram/TopDeckNews

KIEV – Tentera Rusia dilaporkan membuat kemaraan kecil dalam beberapa hari lepas dan terus mengebom bandar-bandar utama Ukraine seperti Kharkiv, Chernihiv, Sumy dan Mariupol.

Menurut akhbar El Pais semalam, tentera Moscow turut bersiap sedia untuk mengepung  Kiev.

Berhampiran  bandar ibu negara Ukraine itu, serangan paling aktif dilaporkan tercetus di Irpin, pinggir Kiev, di mana orang awam turut menjadi mangsa bedilan artileri.

Menurut media Barat, tentera Rusia tidak banyak melakukan kemaraan  kerana sedang memberi tumpuan bagi operasi-operasi baharu. 

Namun, sumber tentera Rusia menyatakan,  tentera negara itu menguasai kawasan lebih luas daripada yang dipaparkan dalam peta Barat.

Dalam pada itu, penganalisis-penganalisis bersetuju bahawa matlamat Moscow sekarang adalah mengepung Kiev untuk memaksa tentera Ukraine menyerah kalah.

Di timur laut Ukraine, pertempuran berlaku di Chernihiv dan Sumy iaitu dua bandar di mana tentera Rusia cuba mewujudkan talian komunikasi ke Kiev.

Di bahagian timur pula, pasukan risikan Britain memaklumkan bahawa serangan berterusan di Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine.

Selain itu, tentera Rusia juga dilaporkan membuat kemaraan yang besar di bahagian selatan Ukraine pada minggu lepas.

Beberapa laporan menyebut askar Presiden Vladimir Putin itu  telah mengepung Mariupol.

Kesemua pergerakan itu menunjukkan bahawa tentera Vladimir Putin akan masuk melalui Odessa iaitu pelabuhan utama di Laut Hitam. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI