fbpx

[VIDEO] Penunggang warga emas parah berlanggar Velffire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan lelaki warga emas di tengah jalan yang terbabit dalam kemalangan di Pandamaran Jaya, Klang

KLANG – Seorang lelaki warga emas cedera parah selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Pandamaran Jaya, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi mengakibatkan Mohd Shariff Semin,63, patah pada dua bahagian tulang rusuk, kaki dan tangan kanan.

Detik-detik kemalangan tersebut tular menerusi video berdurasi satu minit di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika MPV jenis Toyota Vellfire dipandu lelaki berusia 46 tahun sedang menghala ke Jalan Banting dari Jalan Kim Chuan.

“Semasa sedang bergerak terus, secara tiba-tiba warga emas yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dari tepi jalan pada arah sama telah memasuki jalan utama.

“Ini menyebabkan pemandu MPV itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar penunggang motosikal itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, impak pelanggaran itu mengakibatkan lelaki warga emas itu patah rusuk di bahagian kiri dan kanan selain patah kaki dan tangan kanan.

Tambah Hoong Fong, pihaknya telah mengesan lelaki yang memandu MPV itu dan mengarahkannya untuk membuat laporan polis.

“Kenderaan Vellfire itu telah dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Daerah Klang selatan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan 1987,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI