fbpx

Mydin Tunjong mampu capai jualan RM15 juta sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ameer Ali (tiga dari kanan) menunjukkan ruangan jualan nanas semasa Majlis Pembukaan Mydin Tunjong, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Syarikat pemborong dan peruncit, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menyasarkan jualan mencecah RM15 juta sebulan dengan pembukaan cawangan terbaharu, Mydin Tunjong di Bandar Baru Tunjong di sini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berkata, pembukaan cawangan yang ke-67 Mydin pada hari ini juga memberi peluang pekerjaan kepada lebih 1,000 penduduk Kelantan dan 400 peniaga tempatan menjalankan perniagaan di ruang yang disediakan.

Menurutnya, Mydin Tunjong mengetengahkan produk keluaran usahawan tempatan melalui Bazar Siti Hawa yang disediakan di aras dua bangunan pusat beli-belah itu.

“Ia memberi peluang kepada peniaga untuk menjual pelbagai produk tempatan seperti pakaian, makanan, hasil kraf tangan dan pelbagai barangan yang boleh menarik perhatian pelanggan yang datang.

“Sasaran jualan RM15 juta sebulan itu dilihat mampu dicapai terutamanya apabila sempadan negara mula dibuka pada 1 April depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pembukaan Mydin Tunjong di sini hari ini.

Majlis perasmian pembukaan Mydin Tunjong disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunos. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI