fbpx

Mutasi baharu Omicron jadikan Hong Kong lokasi bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang memakai pelitup muka dalam sebuah tren di Hong Kong pada 7 Mac 2022. – AFP

HONG KONG – Mutasi baharu varian Omicron menjadikan Hong Kong sebagai lokasi paling bahaya di dunia bagi Covid-19 selepas pulau itu mencatatkan peningkatan mendadak dalam angka kematian, lapor portal berita MailOnline semalam.

Hong Kong bergelut dengan situasi buruk Covid-19 sejak pertengahan Februari lalu apabila angka kematian melonjak daripada 224 orang kepada 2,287 orang dalam hanya beberapa minggu.

Pada Isnin lalu, seramai 280 pesakit maut akibat varian Omicron, manakala 450,000 kes dicatatkan sejak 15 Februari lepas. Sebelum varian Omicron menular, bandar raya  itu hanya merekodkan 50,000 kes sejak pandemik bermula.

Semua kes baharu itu disebabkan oleh mutasi varian Omicron BA2.  Mutasi yang dikenali sebagai BA2.2 itu hampir hanya terdapat di Hong Kong dengan  beberapa kes  varian tersebut dilaporkan di Britain, Singapura dan Australia.

Perdebatan hangat kini berlaku dalam kalangan saintis kerana mereka belum pasti sama ada mutasi baharu itu menjadi pencetus kepada kadar kematian tinggi di Hong Kong atau perkembangan tersebut sekadar kebetulan.

Saintis dari Institut Teknologi Georgia, Tony Burnetti berkata, keadaan itu bukan disebabkan oleh faktor virologi, namun berpunca daripada populasi tempatan.

“Mereka bergantung kepada kaedah membendung serta mempunyai kadar vaksinasi yang rendah. Ia akhirnya menular dalam populasi di mana dua pertiga daripada warga emas yang mudah terdedah tidak dilindungi,” ujarnya.

Setakat ini, hanya 32 peratus daripada penduduk Hong Kong yang berusia lebih 80 tahun telah menerima dua dos lengkap vaksin dan hanya 61 peratus adalah berumur lebih 70 tahun.

Dalam pada itu, pakar epidemiologi dari Universiti Deakin, Profesor Catherine Bennett berkata, kepadatan penduduk Hong Kong menyebabkan virus Covid-19 sukar dikawal.

“Mereka mempunyai ahli keluarga dan beberapa keluarga tambahan yang tinggal di dalam pangsapuri padat. Mereka juga banyak bergantung kepada pengangkutan awam,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI