fbpx

Mangsa tertimbus runtuhan yakin ditemui hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalatrash Wahid menyampaikan cenderahati kepada peniaga di Pasar Pagi Sungai Bayor Selama hari ini.

LARUT – Polis percaya mayat dua mangsa tertimbus dalam runtuhan kuari di Keramat Pulai dekat Simpang Pulai, Ipoh akan dijumpai hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, usaha-usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa masih diteruskan.

“Semalam pihak kuari telah menggunakan kaedah letupan batu untuk membuka jalan bagi memudahkan pasukan penyelamat.

“Hari ini merupakan hari keempat dan kita percaya dengan keupayaan kelengkapan serta alat jentera yang ada, kemungkinan besar mangsa-mangsa itu akan dijumpai hari ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program High Profile Policing di Pasar Pagi Sungai Bayor Selama pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI