fbpx

KKM perincikan SOP ulang alik ke Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (tengah) bersama-sama calon BN DUN Pemanis, Anuar Manap (kiri) turun padang berkempen menyantuni penduduk setempat di Kampung Tengah, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memperincikan prosedur operasi standard (SOP) khas perjalanan ulang-alik harian ke Singapura bagi rakyat Malaysia yang bekerja di negara itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu dijangka akan dimuktamadkan minggu hadapan selepas penelitian beberapa aspek dibuat termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

“Untuk mereka yang berulang alik ini, jika kita syaratkan mereka kena buat ujian COVID-19 setiap kali (rentas sempadan), ianya tidak praktikal.

“Jadi kita sedang memuktamadkan formula, mungkin ujian itu dibuat sekali seminggu sahaja, dan mereka kena tunjuk bukti bahawa ujian yang dilakukan itu adalah dalam tempoh seminggu.

“Saya harap pada minggu hadapan, InsyaAllah SOP ini dapat kita muktamadkan,”katanya ketika ditemui di Kampung Tengah, Segamat hari ini.

Khairy menambah, perbincangan SOP ulang alik itu bukan sahaja bersama Singapura, tetapi turut melibatkan negara-negara jiran lain seperti Thailand dan Brunei.

“Perihal ini masih dalam perbincangan saya dan rakan sejawatan saya di Singapura, Thailand dan juga Brunei.

“Ini kerana sempadan darat ini melibatkan mereka yang berulang alik setiap hari untuk tujuan kerja yang mana mereka perlu satu SOP khas yang sedikit berbeza daripada pengembara biasa,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI