fbpx

Kelapa muda pesara polis ‘laku keras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ali Nafiah menunjukkan kelapa muda di kebunnya di Kampung Chempedak, Repah, Tampin semalam.

TAMPIN – Seorang pesara polis berpangkat sarjan tidak menyangka permintaan kelapa muda yang diusahakannya tujuh tahun lalu meningkat sejak pandemik Covid-19.

Mohd. Ali Nafiah Harun, 62, berkata, sebelum pandemik, secara purata, permintaan kelapa muda sekitar 500 biji hingga 700 biji sebulan, namun sejak pandemik sehingga kini, permintaannya boleh mence­cah 2,000 biji kelapa sebulan.

Menurutnya, dia memiliki hampir 60 batang pokok kelapa pelbagai jenis antaranya kelapa pandan, gading dan hijau yang ditanam di atas tanah seluas suku hektar di halaman rumahnya.

“Permintaan memang ba­nyak dan kadangkala tak cukup. Kebiasaannya, tempoh untuk sebiji kelapa muda sesuai untuk diminum sekitar tiga bulan mengambil kira sejak berputik hingga menjadi kelapa muda.

“Saya juga terkejut apabila permintaan meningkat pada pertengahan tahun 2020, sememangnya air kelapa muda terkenal dengan pelbagai khasiat,” katanya ketika ditemui di Kampung Chempedak, Repah di sini semalam.

Beliau berkata, tanaman kelapa tidak akan pernah mendatangkan kerugian kerana sentiasa mendapat permintaan.

“Baik kelapa muda atau sudah tua, malah lidi juga boleh dijadikan penyapu dan dijual kepada sesiapa yang berminat.

“Buat masa ini, saya fokus kepada penjualan kelapa muda dengan harga serendah RM2 sebiji kepada peraih” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI