fbpx

‘Datang pakai Lacoste, balik pakai LV’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang individu disyaki mencuri sepasang kasut jenama Louis Vuitton di sebuah butik.

PETALING JAYA – Sebuah klip video memaparkan tindakan seorang lelaki mencuri sepasang kasut jenama mewah di sebuah butik tular di laman sosial sejak semalam.

Kejadian itu tular selepas seorang pengguna di laman Twitter dikenali sebagai Meri memuat naik rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di butik berkenaan.

Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit itu, kelihatan seorang lelaki yang datang ke butik memakai kasut jenama Lacoste namun sempat menukarnya sebelum beredar.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian, pilihan individu tersebut bukanlah biasa-biasa kerana kasut yang dicuri merupakan jenama Louis Vuitton.

Menurut Meri, pihak butik menerima aduan daripada pengadu bahawa kasut miliknya didapati telah hilang pada pukul 3.49 petang semalam.

“Ceritanya petang tadi manager butik aku call, cakap ada pelanggan hilang kasut. Minta aku tengokkan CCTV.

“Tolong cari jap abang Lacoste ni, kot dia nak pulang balik kasut pelanggan aku, kasut dia ada jer kat depan butik,” dakwanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki terbabit serta menyarankan agar pemilik butik menyediakan ruang penyimpanan.

“Kenapa biarkan kasut di luar, tak disediakan tempat ke kat dalam? Semoga abang Lacoste tak berakal pulangkan,” kata kilNusir.

“Kepada Abang Lacoste, pulanglah kasut orang, nanti balik takut kemalangan kaki putus. Jangan kata LV, Crocs pun tak boleh pakai dah,” nasihat leexmas717 pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI