fbpx

Britain sedia kerah tentera ke Baltic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Britain bersedia untuk mengerahkan ratusan lagi tentera ke Baltik untuk memantau sebarang pencerobohan oleh Rusia. - Getty

LONDON – Pentadbiran Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dilaporkan bersedia mengerahkan ratusan tentera British ke sempadan Baltic bagi memantau sebarang bentuk percubaan pencerobohan Rusia, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Johnson menyokong gesaan negara-negara Eropah Timur untuk meningkatkan pasukan pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) secara besar-besaran sebagai tindak balas kepada serangan Vladimir Putin ke atas Ukraine.

Di bawah rancangan itu, bilangan tentera di Latvia, Estonia dan Lithuania akan berkembang kepada kekuatan briged seramai 5,000 anggota.

Selain itu, ketiga-tiga negara itu akan dibekalkan dengan jet pejuang tambahan serta peluru berpandu anti-pesawat jarak jauh untuk menghalang Kremlin.

Negara-negara di sayap timur perikatan turut menggesa pertukaran daripada pencegahan kepada misi pertahanan berskala penuh.

Langkah itu akan dibincangkan semasa persidangan video barisan menteri pertahanan dari 30 negara anggota NATO pada Rabu depan.

Buat masa ini, terdapat kira-kira 900 tentera British di Baltik sedang berkhidmat bersama tentera Denmark dan Perancis.

“Kami perlu mengukuhkan pasukan NATO, terutamanya di bahagian sayap timur.

“Kami telah mengerahkan lebih banyak tentera ke Estonia tetapi masih banyak yang perlu dilakukan,” kata Setiausaha Luar Britain, Liz Truss.

Amerika Syarikat turut mengumumkan akan menghantar tambahan 400 askar ke Lithuania dalam beberapa hari akan datang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI