fbpx

Beri duit belanja isteri RM100 sebulan, ada hati mahu kahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dimuat naik lelaki itu menjadi tular dan menerima kecaman hebat. – Instagram/Facebook

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia dikecam netizen kerana menggelar isterinya sebagai boros disebabkan wang belanja yang diberikan sebanyak 350,000 rupiah (RM102) sebulan dikatakan tidak mencukupi, lapor laman Berita Hits.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, lelaki tersebut berkata, dia berasa hairan kerana wang belanja yang diberikan itu habis dalam masa 25 hari.

“Sebagai suami, saya berasa hairan kenapa dia begitu boros. Apabila ditanya ke mana wang itu dibelanjakan, dia membebel pula,” kata lelaki tersebut.

Tambah lelaki berkenaan, disebabkan marah, isterinya bertindak melakukan mogok dan enggan masak. 

“Sudahlah boros dan kuat marah. Wajarkah kalau saya cari pengganti atau kahwin lain?” soal lelaki tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dengan dengan ramai netizen mengecam lelaki berkenaan.

“Beri duit belanja pun 350,000 rupiah, ada hati mahu kahwin lain,” kata seorang netizen.

“Duit belanja 350,000 rupiah hanya cukup untuk seminggu ya,” kata seorang lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI