fbpx

Antara keindahan, kedamaian Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di Grand Bazar, Istanbul yang menjadi lokasi wajib singgah jika ke Turki.

Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

SEBUT saja mengenai Turki, ramai dalam kalangan kita membayangkan gadis cantik bermata biru dan berkulit putih persis bidadari.

Selain itu, sejarah dan tinggalan kerajaan Uthmaniyah juga antara tarikan pelancong terutamanya dari negara
seperti Azerbaijan, Kazakhstan, Tunisia dan Maghribi serta Malaysia.

Justeru peluang berkunjung ke negara tersebut baru-baru ini atas jemputan media tidak dilepaskan begitu sahaja bagi melihat dan mengenali lebih dekat sejarah kerajaan Uthmaniyah di situ.

Lawatan ke negara tersebut selepas menerima jemputan media melawat beberapa syarikat pertahanan terkemuka seperti Turkish Aerospace Industries, Roketsan, Aselsan, STM, Industri Pertahanan Turki (SSB) dan Havelsan.

Kami terlebih dahulu dibawa terus ke Ankara dari Kuala Lumpur untuk mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat pertahanan tersebut. Kami pada masa sama, turut berpeluang melawat beberapa tempat menarik di Ankara seperti Ataturk Mausoleum, Presidential Library dan Ankara Kalesi.

Semua lawatan ke tempat-tempat menarik ini boleh dilakukan dalam tempoh sehari sahaja. Di Ataturk Mausoleum, pelbagai barangan peninggalan Mustafa Kamal Ataturk ada di sini seperti pakaian, pedang, dan pelbagai perkakas yang pernah digunakan beliau.

Satu perkara perlu diingat, pengunjung tidak dibenarkan untuk merakam gambar di sini kerana ada pegawai yang menjaganya.


MERAKAM memori indah berlatarbelakangkan Masjid Biru yang menjadi salah satu ikon Istanbul sejak sekian lama.

Selepas berkunjung ke Ataturk Mausoleum, kami seterusnya dibawa ke Presidential Library yang merupakan perpustakan kedua terbesar di Turki yang dirasmikan oleh Presiden, Recep Tayyip Erdogan.

Di sini, terdapat lebih empat juta buku dalam 134 bahasa berbeza, di samping 120 juta artikel dan laporan.
Dengan keluasan 125,000 meter persegi, perpustakaan ini boleh menempatkan sehingga 5,000 pembaca pada satu-satu masa.

Bangunan perpustakaan dihiasi marmar putih dan merah jambu dengan motif tradisional Seljuk iaitu campuran rekaan Uthmaniyyah serta kontemporari.

Kami seterusnya dibawa melihat ke Ankara Kalesi atau Istana Ankara. Di situ, anda boleh melihat pemandangan indah hampir keseluruhan Ankara kerana kedudukannya yang terletak di atas bukit.

Malah, beberapa bangunan sekitarnya dikelilingi kota purba yang dijadikan sebagai kawasan perlindungan serta pertahanan pada satu masa dahulu.

Bagi pengunjung yang ingin membeli sedikit cenderamata, terdapat beberapa kedai menawarkan harga berpatutan.

ANKARA Kelasi terkenal sebagai kawasan perlindungan dan pertahanan di Turki satu masa dahulu.

Ketika berada di Ankara, perkara yang saya perhatikan, rata-rata penduduk atau pelancong mematuhi pemakaian pelitup muka. Selepas Ankara, destinasi kami seterus adalah Istanbul. Perjalanan menaiki kapal terbang ke Istanbul memakan masa hampir sejam.

Di Istanbul, kami berpeluang melawat beberapa tempat menarik seperti Masjid Biru, Hagia Sofia, Grand Bazar dan Spice Bazar serta dibawa menyusuri Selat Bosphorus.

Berkenaan Hagia Sofia, bangunan ini pada asalnya adalah sebuah gereja yang telah ditukar kepada masjid.

Sebaik kaki melangkah ke dalam Hagia Sofia, mata terpukau melihat kecantikan seni binanya.

Malah, apabila duduk di dalam masjid ini terasa amat tenang dan langsung tidak terasa masa yang begitu pantas berlalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh semasa di sana, bangunan ini dibina selepas penaklukan Uthmaniyah ke atas Konstantinopel sekitar tahun 1500.

Turki mempunyai pelbagai tempat menarik dan jujur saya katakan, masih

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI