fbpx

Amaran hujan lebat di Kuala Lumpur, Selangor dan 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di enam negeri pada petang ini sehingga pukul 8 malam nanti.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, amaran ribut petir telah dikeluarkan melibatkan negeri Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Hujan lebat serta ribut petir dilihat sedang tertumpu di sekitar Kampar dan Hilir Perak di Perak.

“Di Pahang, kawasan yang dijangka mengalami situasi yang sama adalah Tanah Tinggi Cameron dan Rompin serta keseluruhan Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, MetMalaysia turut meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di Seremban dan Rembau, Negeri Sembilan.

Manakala bagi negeri Sarawak, hujan serta ribut petir hanya dijangka akan berlaku di sekitar bahagian Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI