fbpx

Wanita curi, sembunyi beras 10 kg dalam jubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan situasi ketika tiga wanita berkenaan memasuki sebuah kedai lalu salah seorang daripada mereka mengepit seguni beras menggunakan pahanya. - Facebook

JAKARTA – Sebuah video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan insiden tiga wanita disyaki mencuri beras di sebuah kedai dengan cara memasukannya ke dalam pakaian, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun Facebook bernama Tribun Medan itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kedai. 

Menerusi video yang dikongsikan, tiga wanita bertudung dan berjubah dilihat keluar dari sebuah kereta hitam yang berhenti di hadapan kedai berkenaan. 

Melihat ada yang datang, pemilik kedai itu kemudian melayan pelanggan yang datang dan berbual dengan salah seorang daripada mereka. 

Salah seorang yang berjubah hitam kemudiannya mengambil sekampit beras seberat seberat 10 kilogram (kg) dan memasukkannya ke dalam jubah tanpa diketahui oleh pemilik kedai tersebut.

Mereka kemudian keluar dari kedai tanpa membawa apa-apa pada tangan. 

Muat naik itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mak cik suka bersenam ke? Kuat betul pahanya boleh kepit seguni beras,’’ tulis seorang netizen.

“Sekampit beras hilang sekelip mata, dahsyat betul,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI