fbpx

Suami suri rumah: Tidak digalakkan jika tidak diredai isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zulkifli.

PUTRAJAYA – Hukum bagi suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredai oleh isteri.

Itu penjelasan diberikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung isu suami tidak bekerja dan menjadi suri rumah.

Zulkifli berkata, jika isteri meredainya (suami menjadi suri rumah) maka, itu dibenarkan seperti mana diharuskan untuk suami memakan mahar isteri sekiranya dibenarkan.

Menurutnya, tindakan isteri membantu keluarga adalah satu tindakan terpuji dan pengorbanan yang wajib diterima kasih oleh suami.

“Isteri tersebut juga hendaklah bersyukur kerana masih mempunyai suami yang baik sekalipun beliau diuji tanpa pekerjaan. Ini kerana, ada juga terdapat musibah dalam kehidupan berkeluarga apabila suami bukan dari kalangan yang baik.

“Justeru, hendaklah isteri bersabar dalam situasi seperti ini dan sentiasa berbincang dengan penuh harmoni antara suami isteri,” katanya.

Katanya, matlamat kehidupan adalah mencari mardhatillah (keredaan Allah) dan kebahagiaan dalam hidup.

Zulkifli berkata, beliau menasihatkan suami supaya hendaklah sentiasa berusaha dan mencuba untuk mencari pekerjaan dalam menafkahkan kepada isteri serta keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI