fbpx

SPRM tahan lima individu bagi bantu siasatan sindiket pemalsuan PLKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk dan sepasang suami isteri disyaki ‘orang dalam’ sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu dan pengubahan wang haram.

Mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak 2015 hingga 2020 dan ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, anggota sindiket yang ditahan ini berusia antara 34 hingga 47 tahun terdiri daripada pekerja teknikal dan kakitangan syarikat pembekal dan mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok membabitkan lebih 100 pertuduhan.

Katanya, kelima-lima individu ini termasuk seorang wanita ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AML) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu berkata, pertuduhan adalah melibatkan aset-aset yang telah dimiliki iaitu hasil wang haram yang diperolehi daripada kegiatan sindiket seperti wang tunai, jam tangan mewah, kenderaan, tanah dan rumah.

Beliau berkata, kesemua mereka juga akan dituduh di mahkamah lain di beberapa negeri antaranya di Selangor, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI