fbpx

SPRM tahan bekas pengarah jabatan kerajaan terbabit rasuah RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pagi tadi ekoran dipercayai meminta serta menerima rasuah lebih RM1.2 juta melibatkan kerja-kerja perkhidmatan dari dua buah syarikat.

Sumber berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun berkenaan ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu sekitar pukul 10 pagi.

“Lelaki berkenaan kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain dan disyaki menerima habuan itu sebagai balasan memberi projek perkhidmatan penundaan di jabatan berkenaan antara tahun 2017 hingga 2018,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

“Kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, dalam masa yang terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI